Monday, August 6, 2007

SEJARAH SAHABAT UNICOMMSERV

Sahabat Unicommserv merupakan satu kelab dibawah CISC (Centre of Islamic Studies and Civilization).Kelab ini telah diilhamkan sendiri oleh Ustaz Adnan B. Yusoff selaku pensyarah untuk subjek ISLB123.Pada permulaan awalnya,satu badan sukarelawan telah dibentuk untuk menyelaraskan program Khidmat Masyarakat yang ada dalam pemarkahan subjek ISLB 123.Badan sukaralawan ini telah diketuai oleh saudara Hazrizam Bin Abd Rahim.Sebanyak lebih kurang 8 orang AJK telah terlibat pada permulaan penubuhan.Antara aktiviti yang diadakan ketika itu adalah Program Motivasi di Sekolah Menengah Teknik Sepang dimana sebanyak 80 orang pelajar yang mengambil matapelajaran ISLB 123 telah ditugaskan untuk menjadi Fasilitator.
Berikutan dengan kejayaan itu,pada semester berikutnya (SEM 2,2005/2006) program motivasi ini diteruskan lagi.Sebanyak 4 sekolah telah terlibat dalam program kali ini antaranya Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur,Sekolah Menengah Jalan 4,Sekolah Menengah Jalan 3 & Sekolah Rendah Jalan 3,Bangi.Sebanyak 250 peserta telah terlibat dalam program ini.Modus operandi yang digunakan adalah sama dengan program yang sebelumnya iaitu konsep Motivasi pembelajaran selama sehari.
Program Motivasi ini mendapat sambutan yag menggalakkan daripada sekolah-sekolah berhampiran.Disebabkan ini,maka program ini diteruskan lagi pada semester berikutnya (SEM 1 2006/2007).Sebanyak 4 sekolah pula yang terlibat pada kali ini iaitu Sekolah Agama Menengah Sungai Merab Luar,Sekolah Keb.Kampung Dato’ Abu Bakar Baginda,Sekolah Rendah Jalan 4,dan Sekolah Menengah Saujana Impian.Kali ini sebanyak 350 pelajar telah dibahagikan untuk menjadi fasilitator di sekolah-sekolah tersebut.
Pada Semester yang lepas (SEM 2 2006/2007),satu kelainan telah dilakukan dimana semua pelajar yang mengikuti subjek ISLB123 diwajibkan untuk mengikuti Program Khidmat Masyarakat dibawah seliaan kami.Ustaz Adnan telah mencadangkan agar sebuah kelab ditubuhkan,maka satu tertubuhlah satu kelab dibawah Pusat Islam iaitu Sahabat UNICOMMSERV.Penggunaan ‘Sahabat’ untuk memberikan kelainan berbanding dengan kelab-kelab yang ada di UNITEN.Satu program anak angkat yang dinamakan ‘Program Desa Siswa’ telah dijalankan.Program ini merupakan program terbesar yang pernah dianjurkan UNITEN melibatkan 400 peserta dan 7 buah kampung di Sekinchan.Program ini juga telah dianjurkan bersama dengan kerjasama kerajaan negeri Selangor.
Kejayaan demi kejayaan dalam melaksanakan program telah menunjukkan betapa besarnya peranan sahabat UNICOMMSERV ini dalam membantu UNITEN dalam bidang kesukarelawan.Antara program UNITEN yang disertai oleh Sahabat UNIOMMSERV adalah seperti Program bantuan Mangsa banjir di Johor,Kawad kaki sempena Maulidurrasul dan sukarelawan ketika Hari Pendaftaran Pelajar Baru di Uniten baru-baru ini.

No comments: