Saturday, October 6, 2007

FRIENDSTER UNICOMMSERV

UNICOMMSERV TELAH MEMPERKENALKAN SATU SALURAN BARU KEPADA SEMUA COMMITEE DAN PELAJAR2 ISLB123 UNTUK SEBARANG MAKLUMAT ATAUPUN PERTANYAAN.

http://www.friendster.com/unicommserv

Monday, August 13, 2007

PROGRAM SAHABAT UNICOMMSERV (11 OGOS 2007)

HARI KESIHATAN BANDAR BARU BANGI
SEKOLAH RENDAH JALAN 4




GOTONG-ROYONG SAMBUTAN ISRA' MIKRAJ
SURAU AL-AMIRIN
SEKSYEN 4, BANDAR BARU BANGI
















Program Sahabat UNICOMMSERV

Berikut merupakan program-program yang bakal dilaksanakan oleh sahabat UNICOMMSERV:

a) Gotong -royong kawasan Masjid UNITEN Sempena sambutan Bulan Ramadhan.

Tempat : Masjid UNITEN.
Tarikh : 18 Ogos 2007.
Masa : 7.30 a.m.

b) Seminar Jati Diri Kemerdekaan anjuran Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia ( JAKIM)

Tempat : Putrajaya.
Tarikh : 25 Ogos 2007 ( Sabtu).
Masa : 7.00 a.m
Kapasiti : 40 orang sahaja.
* Sila Berikan nama kepda saudara Fairuz (012-6338197 ) sebelum Rabu ( 15 Ogos 2007)

c) Program 'Hospital Visit' dengan kerjasama Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Tempat : Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Tarikh : Bulan Ramadhan.( mengikut kesesuaian )
kapasiti : Tidak terhad.
* Sila berikan nama kepada saudara Taj Mohd Ridhwan (012-2723825)

kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti program-program tersebut bolehlah menghubungi mana-mana AJK Sahabat UNICOMMSERV.

Sekian ,Terima Kasih.

Thursday, August 9, 2007

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT (11 OGOS 2007)

Perhatian kepada semua pelajar yang akan menyertai program khidmat masyarakat pada minggu ini ( 11 ogos 2007),berikut merupakan perkara penting yang perlu anda beri perhatian:

Masa pendaftaran : 7.00 a.m
Tempat : Masjid UNITEN
Pakaian : Mengikut program yang ditetapkan.

Untuk makluman,anda akan dibahagikan kepada 3 kumpulan dan kumpulan telah ditetapkan semasa taklimat di masjid pada malam khamis ( 9 ogos 2007).Antara program yang diadakan pada minggu ini ialah :

a) Program Gotong-Royong MPKj
Kapasiti : 30 orang.
Pakaian : Lelaki - Baju sukan & kasut.
: Perempuan - Baju Sukan lengan panjang ,Kasut & Bertudung.

b) Program Hari Kesihatan bandar Baru Bangi
Kapasiti : 15 orang.
Tempat : Sekolah Rendah Jalan 4
Pakaian : Lelaki - Baju T-shirt Berkolar , Seluar slack / Khakis , kasut dan Memakai ID.
Perempuan - Berbaju kurung,Bertudung & memakai ID.

c) Program Isra'Mikraj Perumahan Al-Amirin.
Kapasiti : 5 orang.
Pakaian : Berbaju sukan lengan panjang & bertudung.

Diharap semua pelajar dapat memberikan kerjasama yang sebaik mungkin.Sebarang masalah boleh diajukan kepada saudara Mohd Fairuz.

Sekian,Terima Kasih.

Monday, August 6, 2007

Minta Perhatian

Kepada pelajar ISLB123 yang belum lagi mendaftar dan membayar yuran pendaftaran sebanyak RM20 untuk program Community Service, diminta berbuat demikian pada malam Khamis 9 Ogos 2007 bertempat di Masjid Uniten selepas solat Isyak.

Terima Kasih.

LOGO SAHABAT UNICOMMSERV


SEJARAH SAHABAT UNICOMMSERV

Sahabat Unicommserv merupakan satu kelab dibawah CISC (Centre of Islamic Studies and Civilization).Kelab ini telah diilhamkan sendiri oleh Ustaz Adnan B. Yusoff selaku pensyarah untuk subjek ISLB123.Pada permulaan awalnya,satu badan sukarelawan telah dibentuk untuk menyelaraskan program Khidmat Masyarakat yang ada dalam pemarkahan subjek ISLB 123.Badan sukaralawan ini telah diketuai oleh saudara Hazrizam Bin Abd Rahim.Sebanyak lebih kurang 8 orang AJK telah terlibat pada permulaan penubuhan.Antara aktiviti yang diadakan ketika itu adalah Program Motivasi di Sekolah Menengah Teknik Sepang dimana sebanyak 80 orang pelajar yang mengambil matapelajaran ISLB 123 telah ditugaskan untuk menjadi Fasilitator.
Berikutan dengan kejayaan itu,pada semester berikutnya (SEM 2,2005/2006) program motivasi ini diteruskan lagi.Sebanyak 4 sekolah telah terlibat dalam program kali ini antaranya Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur,Sekolah Menengah Jalan 4,Sekolah Menengah Jalan 3 & Sekolah Rendah Jalan 3,Bangi.Sebanyak 250 peserta telah terlibat dalam program ini.Modus operandi yang digunakan adalah sama dengan program yang sebelumnya iaitu konsep Motivasi pembelajaran selama sehari.
Program Motivasi ini mendapat sambutan yag menggalakkan daripada sekolah-sekolah berhampiran.Disebabkan ini,maka program ini diteruskan lagi pada semester berikutnya (SEM 1 2006/2007).Sebanyak 4 sekolah pula yang terlibat pada kali ini iaitu Sekolah Agama Menengah Sungai Merab Luar,Sekolah Keb.Kampung Dato’ Abu Bakar Baginda,Sekolah Rendah Jalan 4,dan Sekolah Menengah Saujana Impian.Kali ini sebanyak 350 pelajar telah dibahagikan untuk menjadi fasilitator di sekolah-sekolah tersebut.
Pada Semester yang lepas (SEM 2 2006/2007),satu kelainan telah dilakukan dimana semua pelajar yang mengikuti subjek ISLB123 diwajibkan untuk mengikuti Program Khidmat Masyarakat dibawah seliaan kami.Ustaz Adnan telah mencadangkan agar sebuah kelab ditubuhkan,maka satu tertubuhlah satu kelab dibawah Pusat Islam iaitu Sahabat UNICOMMSERV.Penggunaan ‘Sahabat’ untuk memberikan kelainan berbanding dengan kelab-kelab yang ada di UNITEN.Satu program anak angkat yang dinamakan ‘Program Desa Siswa’ telah dijalankan.Program ini merupakan program terbesar yang pernah dianjurkan UNITEN melibatkan 400 peserta dan 7 buah kampung di Sekinchan.Program ini juga telah dianjurkan bersama dengan kerjasama kerajaan negeri Selangor.
Kejayaan demi kejayaan dalam melaksanakan program telah menunjukkan betapa besarnya peranan sahabat UNICOMMSERV ini dalam membantu UNITEN dalam bidang kesukarelawan.Antara program UNITEN yang disertai oleh Sahabat UNIOMMSERV adalah seperti Program bantuan Mangsa banjir di Johor,Kawad kaki sempena Maulidurrasul dan sukarelawan ketika Hari Pendaftaran Pelajar Baru di Uniten baru-baru ini.